Yuran bulanan automatik
Invois dijana setiap bulan untuk setiap pemain. Tunggakan, bayaran separa dan resit rasmi — semuanya dikira sendiri.
Untuk akademi bola sepak Malaysia
Taktika gantikan buku log, Excel dan grup WhatsApp yang berselerak. Admin kutip yuran bulanan, jurulatih rekod kehadiran dan prestasi, ibu bapa semak report anak dan bayar terus dari telefon.
Ciri-ciri
Yuran yang terkutip tepat pada masa, dan report pemain yang ibu bapa faham. Selebihnya menyokong dua perkara ini.
Invois dijana setiap bulan untuk setiap pemain. Tunggakan, bayaran separa dan resit rasmi — semuanya dikira sendiri.
Ibu bapa pindah ke akaun bank akademi dan muat naik resit. Admin semak dan luluskan dengan satu klik.
Kehadiran, status yuran, perkembangan rating dan komen jurulatih — bulanan dan tahunan, siap untuk PDF.
Setiap pemain ada kad dengan OVR, posisi dan 6 statistik. Naik tier Bronze → Silver → Gold bila berkembang.
Jurulatih tanda hadir, lewat atau tidak hadir terus dari telefon. Rekod masuk report secara automatik.
Log masuk dengan Google. Ibu bapa hanya nampak anak sendiri — profil, jadual, report dan yuran.
Cara yuran berfungsi
Taktika jana invois ikut pelan yuran setiap squad, lengkap dengan rujukan pindahan unik untuk setiap pemain.
Nombor akaun bank akademi dipaparkan dengan butang salin. Lepas pindah, ibu bapa muat naik resit dari telefon.
Resit dipapar sebelah invois. Lulus — status jadi Dibayar dan resit rasmi dihantar. Tolak — ibu bapa diberitahu sebabnya.
Bayaran dalam talian (FPX / DuitNow) akan datang. Buat masa ini, pindahan bank + resit — tiada caj tambahan kepada ibu bapa.
Harga
Ibu bapa tidak dikenakan sebarang caj. Yuran pemain masuk terus ke akaun bank akademi anda.
Akademi
RM150/ bulan
Soalan lazim
Sistem pengurusan akademi bola sepak dalam talian. Fokus utama: kutipan yuran bulanan dan report perkembangan pemain, dengan portal untuk ibu bapa.
Terus ke akaun bank akademi anda. Taktika tidak memegang duit pelanggan — kami hanya urus invois, semakan resit dan rekod.
Tidak. Taktika berjalan di pelayar telefon dan boleh dipasang ke skrin utama. App Android dan iOS akan menyusul.
Setiap akademi ada ruang data sendiri. Jurulatih hanya nampak squad mereka, dan ibu bapa hanya nampak anak sendiri. Nombor IC disulitkan.
Boleh. Kami bantu import senarai pemain, squad, yuran dan kehadiran sedia ada semasa persediaan.
Isi borang demo di bawah. Kami hubungi anda melalui WhatsApp untuk sesi demo dan persediaan akademi.
Demo percuma
Isi maklumat ringkas. Borang akan buka WhatsApp dengan mesej yang sudah diisi — kami balas untuk atur sesi demo.